TINJAUAN SOAL SELIDIK
PROGRAM KESEDARAN TANGANI PERKAHWINAN KANAK-KANAK
JABATAN HAL EHWAL WANITA NEGERI SABAH DAN MAJLIS PENASIHAT WANITA SABAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) ingin memohon jasa baik Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk memberi maklum balas mengenai pengetahuan anda mengenai isu perkahwinan kanak-kanak. Tujuan pentadbiran soal selidik ini adalah membantu peserta mengetahui secara umum mengenai perkahwinan kanak-kanak yang terkandung dalam MIPK dan mengetahui tahap pengetahuan peserta mengenai perkahwinan kanak-kanak khasnya di negeri Sabah.

Maklum balas yang diberikan adalah sangat penting untuk mengumpul maklumat dan data berkaitan isu perkahwinan kanak-kanak.

PANDUAN:
  1. Penyertaan anda dalam sesi pentadbiran soal selidik ini adalah sukarela.
  2. Anda digalakkan untuk menjawab pernyataan yang dikemukakan dengan jujur dan ikhlas.
  3. Jawapan anda adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan penambahbaikan pelaksanaan program.
  4. Data hanya akan dianalisis berdasarkan keseluruhan responden dan bukan secara individu.

Terima kasih atas kesudian dan kerjasama yang anda berikan.

PERSETUJUAN

Sila tekan butang “Seterusnya” jika anda faham tujuan soal selidik ini dan setuju terlibat secara sukarela.